Rabu, 28 Ogos 2013

Penggal 1

Bab 1: Perniagaan & Persekitarannya

Maksud Perniagaan : sebuah organisasi yg mengembleng semua faktor pengeluaran untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sama ada barang atau perkhidmatan untuk memaksimumkan keuntungan.

Perbandingan Organisasi Yang Bermotifkan Untung (perniagaan) & Organisasi Yang Tidak Bermotifkan Untung (bukan perniagaan)



Dimensi
Perniagaan
Bukan Perniagaan
Matlamat
Memaksimumkan keuntungan
Menjaga kebajikan ahli organisasi
Aktiviti
Menjalankan proses penghasilan barang & perkhidmatan
Bergantung pada tujuan penubuhan organisasi
Pengurusan
Kumpulan yg membuat pelaburan besar berkuasa menguruskan organisasi
Diuruskan oleh pasukan pengurusan yg dipilih melalui system demokrasi
Sember Kewangan Luar
Diperoleh drpd pelaburan pemilik perniagaan, pinjaman kewangan drpd pihak pembiaya & keuntungan perniagaan
Diperoleh drpd kutipan yuran keahlian, derma luar, & tajaaan daripada pihak lain
Perundangan
Dikawal oleh Akta Syarikat 1965 & Akta Perniagaan 1956
Dikawal oleh Akta Pertubuhan 1966